Sabtu, 16 Julai 2011

Pantai Kemasin mengganas lagi



ANGGOTA pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Fadilah Aishah yang ditemui lemas di pantai Kemasin, Bachok semalam.

BACHOK – Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada lima sekeluarga ditemui mati lemas manakala dua lagi hilang dalam kejadian di pantai Kemasin, dekat sini, petang semalam.

Mangsa, Fadilah Aishah Noordad, 11, ditemui oleh unit skuba Bomba dan Penyelamat Kelantan kira-kira pukul 5.52 petang.

Dua yang hilang ialah bapa mangsa, Noordad Mohammad, 51, yang hilang ketika cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah dan seorang lagi anaknya, Mohd. Norhaziq Aiman, 6 tahun.

Sehingga pukul 7.30 malam semalam, kedua-duanya masih belum ditemui.

Ibu dan isteri mangsa, Zainab Awang, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mereka sekeluarga bersama saudara-mara datang ke pantai berkenaaan untuk berkelah.

Menurutnya, ketika kejadian, suaminya cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah yang hanyut dibawa arus dan pada masa yang sama, Mohd. Norhaziq Aiman sudah pun tenggelam ekoran air sedang pasang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan