Ini adalah seekor ikan siakap yang tewas oleh kaki pancing yang tidak kenal erti jemu yang mejadi penghuni batu Kuala Kemasin.
- BATU AIR MANI GAJAH href='http://subahkedairuncit.blogspot.com'>SUBAH KEDAI RUNCIT
- SRS KEMASIN
- BERITA KEMASIN
- BERITA SEMASA
- KUALA KEMASIN
- MENARIK
Jumaat, 29 Julai 2011
SIAKAP 4kg TEWAS
Ini adalah seekor ikan siakap yang tewas oleh kaki pancing yang tidak kenal erti jemu yang mejadi penghuni batu Kuala Kemasin.
Sabtu, 16 Julai 2011
Pantai Kemasin mengganas lagi
ANGGOTA pasukan Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat Fadilah Aishah yang ditemui lemas di pantai Kemasin, Bachok semalam.
BACHOK – Perkelahan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang daripada lima sekeluarga ditemui mati lemas manakala dua lagi hilang dalam kejadian di pantai Kemasin, dekat sini, petang semalam.
Mangsa, Fadilah Aishah Noordad, 11, ditemui oleh unit skuba Bomba dan Penyelamat Kelantan kira-kira pukul 5.52 petang.
Dua yang hilang ialah bapa mangsa, Noordad Mohammad, 51, yang hilang ketika cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah dan seorang lagi anaknya, Mohd. Norhaziq Aiman, 6 tahun.
Sehingga pukul 7.30 malam semalam, kedua-duanya masih belum ditemui.
Ibu dan isteri mangsa, Zainab Awang, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang ketika mereka sekeluarga bersama saudara-mara datang ke pantai berkenaaan untuk berkelah.
Menurutnya, ketika kejadian, suaminya cuba untuk menyelamatkan Fadilah Aishah yang hanyut dibawa arus dan pada masa yang sama, Mohd. Norhaziq Aiman sudah pun tenggelam ekoran air sedang pasang.
Langgan:
Catatan (Atom)
Grab this Widget ~ Blogger Accessories Custumized by Yuniarto Rahardjo